Bapa ADUN Tahan meninggal dunia akibat Covid-19

Allahyarham Ahmad Badarddin meninggal dunia di HTAA pada Ahad.
Allahyarham Ahmad Badarddin meninggal dunia di HTAA pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang sebelum ini dijangkiti Covid-19 meninggal dunia pada jam 12.34 tengah hari Ahad.

Ahmad Badarddin Mat Ripin, 64, menghembuskan nafas terakhir di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Mohd Zakhwan ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad mengesahkan perkara tersebut.

Menurut beliau, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 25 Jun lalu kerana positif Covid-19.

"Saya bersama ahli keluarga lain juga positif Covid-19. Buat masa ini saya menjalani kuarantin di rumah.

"Kehilangan arwah ayah amat dirasai, namun saya reda dengan ujian diberikan," katanya.

Menurutnya, Allahyarham merupakan bekas pesara jabatan kesihatan merupakan seorang bapa yang tegas namun penyayang.

Tambah beliau, Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pedah di sini.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safina Mahmud, 60, dan 14 orang anak termasuk Mohd Zakhwan yang merupakan anak sulung.