England mudah ratah Ukraine

Kane meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Ukraine.
Kane meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Ukraine.
A
A
A

ENGLAND menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mudah membelasah Ukraine 4-0 dalam aksi suku akhir Euro di Stadio Olimpico, Rome pada awal pagi Ahad.

Pasukan Three Lions itu tampil dengan aksi cemerlang dalam tempoh 90 minit perlawanan untuk menempah pertemuan dengan Denmark pada perlawanan separuh akhir pada 8 Julai ini.

Pesta jaringan England bermula seawal minit keempat melalui penyerang sensasi, Harry Kane yang menyudahkan hantaran daripada Raheem Sterling sekali gus menewaskan penjaga gol Ukraine, Heorhiy Bushchan.

Ukraine yang hadir sebagai pasukan bukan pilihan cuba untuk menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan antaranya melalui Roman Yaremchuk dan Oleksandr Zinchenko, namun gagal menyudahkan peluang tersebut.

England menambah gol kedua menerusi pemain pertahanan, Harry Maguire pada minit ke-46 yang menanduk bola berpunca daripada sepakan percuma, Luke Shaw.

Empat minit berselang, Kane sekali lagi membuktikan ketajamannya sebagai antara peledak berbisa di Eropah apabila menyudahkan hantaran lintang Shaw untuk sekali lagi menewaskan Bushchan.

England menambah derita Ukraine menerusi gol pemain gantian, Jordan Henderson pada minit ke-63 sekali gus mematikan sisa perjuangan pasukan kendalian Andriy Shevchenko itu.

Artikel Berkaitan: