Bekas peguam Trump mengaku berbohong

Bekas peguam Presiden Donald Trump, Michael Cohen (tengah) mengaku berbohong kepada Kongres. - Foto AFP
Bekas peguam Presiden Donald Trump, Michael Cohen (tengah) mengaku berbohong kepada Kongres. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Bekas peguam Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku berbohong kepada Kongres berhubung perjanjian hartanah presiden berkenaan di Rusia ketika pilihan raya presiden 2016.

Tampil di hadapan hakim persekutuan di Manhattan pagi semalam, Michael Cohen, 52, mengaku bersalah memberi kenyataan palsu kepada Kongres.

Cohen dikatakan menghantar keterangan bertulis palsu berhubung pelan Trump Organization untuk membina sebuah bangunan pencakar langit di Moscow.

"Saya membuat kenyataan palsu tersebut untuk konsisten dengan mesej politik individu nombor 1 (Trump), dan kerana kesetiaan terhadap beliau," kata Cohen di mahkamah.

Terdahulu, Cohen memberitahu suruhanjaya yang menyiasat dakwaan kerjasama AS-Rusia ketika kempen pilihan raya dua tahun lalu bahawa rundingan berhubung projek di Moscow itu berlangsung dari September 2015 hingga Januari 2016, ketika Trump sedang bertanding jawatan presiden.

Namun, seperti yang diketahui Cohen sendiri, rundingan sebenarnya berlanjutan sehingga bulan Jun 2016.

Cohen memaklumkan beliau mempunyai hubungan terhad dengan presiden Trump berhubung projek berkenaan sedangkan ia tidak benar, malah turut memberi tanggapan projek itu tamat sebelum kempen presiden Republikan itu bermula pada tahun 2016.

Trump bagaimanapun berkata, bekas pembantu kanannya itu berbohong kepada pihak pendakwa dengan harapan dapat meringankan hukuman.

Ogos lalu, Cohen mengaku bersalah melanggar undang-undang kewangan ketika pilihan raya presiden 2016 apabila membayar sejumlah wang 'tutup mulut' kepada 'skandal' presiden terbabit. - BBC

Artikel Berkaitan: