Pecah masuk bangunan, penjenayah parah jatuh tingkat dua

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di sini hari ini dipercayai ketika cuba memecah masuk bangunan berkenaan.

Ketua Polis Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi di Wisma Sandakan ketika suspek lelaki berumur 24 tahun itu cuba menaiki bangunan berkenaan bersama seorang rakan untuk ke tingkat lima melalui kawasan parkir yang terletak di tingkat dua.

“Namun suspek telah tergelincir lalu terjatuh dan rakannya pula melarikan diri.

“Suspek cedera parah di bahagian kepala, leher dan pinggang dan dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan masih dalam keadaan kritikal,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Azhar juga berkata polis sedang berusaha untuk mengesan rakan suspek bagi membantu siasatan pecah masuk bangunan.- Bernama

Artikel Berkaitan: