X

Kindly register in order to view this article
!

Op Patuh: 213 kilang, premis dikompaun, sembilan diarah tutup

Hamzah pada sidang akhbar Op Patuh Mega di sini pada Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 213 kompaun dikeluarkan kepada kilang dan premis perniagaan dengan sembilan daripadanya diarahkan tutup dalam Operasi Patuh (Ops Patuh) Mega yang dijalankan pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, operasi itu melibatkan sebanyak 19,192 pemeriksaan di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 19,111 premis dan 81 asrama penempatan pekerja telah diperiksa anggota penguat kuasa pada Jumaat yang diketuai seramai 157 ketua polis daerah masing-masing di seluruh negara.

“Susulan pemeriksaan tersebut, sebanyak 213 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemilik kilang serta premis perniagaan berbanding 63 kompaun yang dikeluarkan pada 24 Jun 2021,” katanya ketika sidang akhbar Ops Patuh Mega di sini pada Sabtu.

Hamzah berkata, terdapat premis yang mendapat permit kebenaran beroperasi, namun dilihat mencurigakan apabila ditutup ketika pemeriksaan Ops Patuh pada Jumaat.

Beliau berkata, penguat kuasa akan mengenal pasti premis tersebut dan menjalankan siasatan lanjut secara berkala terhadap premis yang mencurigakan tersebut dari semasa ke semasa.

“Kita tak mahu mereka tutup semalam (Jumaat) tapi buka semula Isnin nanti. Jadi pada Isnin, Selasa dan Rabu, kita akan teruskan Ops Patuh ini," ujarnya.

Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya akan mengumumkan strategi dan kaedah baharu yang akan digunakan dalam pemantauan tersebut.

Ia kerana, katanya, pemerhatian ketika pelaksanaan Ops Patuh mendapati terdapat perkara yang perlu ditambah baik.

“Contoh di tempat pembinaan ini, ada pekerja yang tinggal di rumah-rumah kongsi yang ditinggalkan walaupun tidak ada kerja.

“Jadi, kita akan buat pemantauan supaya kalau mereka keluar, apa kesannya, siapa akan memeriksa mereka ini semua.

“Jadi kita akan cuba cari mencari kaedah pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) terbaik," kata beliau.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, perkongsian video secara langsung di sosial media ketika Ops Patuh telah mencapai tujuh juta tontonan.

Katanya, ia menunjukkan rakyat Malaysia mahu melihat kejayaan pelaksanaan Ops Patuh yang dijalankan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!