PKPD: Penduduk Selangor serbu pasar raya seawal pagi

Orang ramai dilihat menyerbu pasar raya di sini bermula jam 9.30 pagi untuk mendapatkan barangan keperluan.
Orang ramai dilihat menyerbu pasar raya di sini bermula jam 9.30 pagi untuk mendapatkan barangan keperluan.
A
A
A

SUBANG JAYA - Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim di Selangor bermula esok menyebabkan pasar raya di negeri tersebut diserbu orang ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli barangan keperluan.

Tinjauan Sinar Harian di salah sebuah pasar raya mendapati, premis mula sesak dengan pengunjung yang membeli barangan keperluan seawal jam 9.30 pagi.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati, barangan keperluan asas dan bahan mentah masih mencukupi meskipun diserbu orang ramai.

Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini, Akmar Mohd Noor mendakwa, orang ramai berpusu-pusu mengunjungi pasar raya untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan.

Menurutnya, meskipun terdapat peningkatan jumlah pengunjung, namun orang ramai masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mendapatkan barangan keperluan.

Akmar
Akmar

“Pasar raya hanya menerima seramai 1,200 pengunjung pada satu-satu masa mengikut SOP yang ditetapkan.

"Jika premis penuh, pengunjung perlu tunggu di luar buat sementara waktu sehingga keadaan di dalam pasar raya kurang sesak.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa keadaan (pasar raya dipenuhi orang ramai) disebabkan pelaksanaan PKPD esok," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Seorang pengunjung pasar raya, Rajiah Mad Yusop, 74, memberitahu, membeli barangan keperluan memang menjadi rutin hariannya kerana dia mempunyai keluarga besar di Kelana Jaya.

Barangan keperluan masih mencukupi walaupun pasar raya tersebut diserbu ramai orang.
Barangan keperluan masih mencukupi walaupun pasar raya tersebut diserbu ramai orang.

“Saya selalu membeli barangan di sini setiap dua minggu dan hari ini mungkin hanyalah kebetulan memandangkan esok pelaksanaan PKPD di Selangor," katanya.

Sementara itu, Norazam Bakar, 58, berkata, setiap kali berkunjung ke pasar raya dia pastinya membeli barangan pada kuantiti seperti sebelumnya.

Norazam yang menetap di USJ 9, Subang Jaya menjelaskan, semua barangan yang ingin dibeli masih ada dan mencukupi walaupun ramai berkunjung ke pasar raya berkenaan.

Norazam
Norazam

“Barangan yang saya beli ini cukup untuk dua minggu bagi lapan orang ahli keluarga saya.

“Kalau PKPD sekali pun, tiada sekatan kepada penduduk untuk membeli barangan keperluan asalkan mengikut SOP yang ditetapkan," katanya.