Lebih 2,000 belia terlibat rasuah
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seramai 2,975 belia berumur 40 tahun ke bawah terlibat dalam jenayah rasuah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh lima tahun bermula pada 2015.
Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Selangor, Ridzuan Abdul Malik turut mendedahkan, jumlah berkenaan lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan iaitu 5,652 orang.
"Secara umumnya, jumlah tangkapan ialah seramai 5,652 orang membabitkan pelbagai sektor, umur dan jawatan.
"Daripada jumlah keseluruhan ini, belia berumur 40 tahun ke bawah terlibat dalam jenayah rasuah atau ditangkap ialah seramai 2,975 iaitu meliputi 52.6 peratus, lebih separuh dari jumlah ini," katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-270 bertajuk 'Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa‘ disiarkan menerusi dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
Wacana turut menampilkan Presiden Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM), Lim San Shien dan Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman sebagai panelis manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.
Dalam pada itu, berdasarkan statistik sama, Ridzuan berkata, jumlah penjawat awam terlibat rasuah pula seramai 2,683, orang awam 1,622, lain-lain kategori iaitu swasta, politik dan sebagainya ialah 1,347 orang.
Agenda reformasi kurang popular tapi beri manfaat kepada negara
Perlu sokong usaha kerajaan untuk manfaat rakyat, negara
Dakwaan PKR tak dapat sokongan Melayu hanya naratif politik - Mazlan
Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
'Bea sobar bea, Bea rilek bea' lonjak kembali lagu dialek Kelantan
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Murid SJKC raih 8A UPKK, petah berbahasa Inggeris
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM