Kibaran bendera putih di pangsapuri disedari penduduk

Ciapan Zuraida di Twitter pada Selasa.
Ciapan Zuraida di Twitter pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMASKINI] Pejabat Parlimen Ampang membantu seorang penghuni di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana, di sini setelah penduduk sekitar kawasan tersebut terlihat bendera putih berkibar di luar rumahnya.

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, bantuan disalurkan kepada kepada penghuni berkenaan pada malam Selasa.

“Hasil makluman penduduk Ukay Perdana kepada saya, terdapat satu bendera putih yang dikibarkan di kawasan tersebut.

“Bantuan telah disalurkan kepada beliau oleh @AmpangP99. Semoga ia bermanfaat dan kita fokus bantu sesama kita,” katanya menerusi satu ciapan pada Selasa.

Pada Selasa, Zuraida menerusi ciapannya turut menzahirkan tanda sokongan terhadap kempen #BenderaPutih bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Kempen tersebut tular di media sosial sebagai tanda solidariti bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik dengan mengibarkan bendera putih di halaman rumah sekiranya tiada makanan atau perlukan bantuan.

Tanda pagar #RakyatJagaRakyat termasuk #BenderaPutih juga sohor di Twitter berikutan ramai terpanggil untuk sama-sama menyebarkan kempen tersebut agar sampai kepada golongan sasaran.

Artikel Berkaitan: