'Jangan pandang rendah Colombia'

Cavani (kiri) antara watak penting kebangkitan Uruguay pada saingan Copa America 2021 di Brazil. FOTO: AFP
Cavani (kiri) antara watak penting kebangkitan Uruguay pada saingan Copa America 2021 di Brazil. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Uruguay, Oscar Washington Tabarez tidak mahu pemain-pemainnya memandang rendah keupayaan Colombia apabila kedua-dua pasukan

berentap pada pusingan lapan terbaik Copa America 2021 di Stadium Mané Garrincha, Brasília minggu ini.

Malah menurut Tabarez, rekod kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan pada tahun lalu juga tidak boleh dijadikan sandaran pada pertemuan kali ini.

"Colombia yang kini bukan lagi pasukan yang pernah kita tentang pada tahun lalu, kerana pada saingan Copa America 2021 kali ini mereka melakukan persiapan cukup rapi.

"Pada masa ini mereka berada pada tahap terbaik seperti yang telah dibuktikan sepanjang saingan peringkat kumpulan pertandingan ini.

"Colombia merupakan pasukan yang sedang meningkat sejak kebelakangan ini tambahan pula mereka memiliki jurulatih yang cukup berpengalaman selain pemain berkualiti," katanya.

Sebelum itu, gol tunggal jaringan pemain sensasi Manchester United, Edinson Cavani sudah cukup membolehkan Uruguay mengesahkan status naib juara kumpulan sekaligus mengiringi Argentina selaku juara ke pusingan lapan terbaik pertandingan.

Pada aksi di Stadium Nilton Santos Rio de Janeiro, gol hasil sepakan penalti Cavani berjaya memacu La Celeste dari kedudukan keempat sebelum ini ke tempat kedua kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut Tabarez percaya Los Cafeteros kendalian Reinaldo Rueda akan lebih matang selepas tewas kepada skuadnya pada aksi kelayakan Piala Dunia sebelum ini.

"Sememangnya satu motivasi apabila dapat menewaskan Colombia pada perlawanan tersebut, namun kita perlu mengakui bahawa ketika itu lawan juga tidak mudah menyerah kalah.

"Colombia merupakan pasukan yang cukup sukar untuk ditewaskan apatah lagi negara tersebut mempunyai komuniti bola sepak yang cukup aktif melahirkan pemain-pemain baharu, jadi kita boleh menjangkakan tentangan sengit

“Aksi menentang Brazil sebelum ini sudah cukup menceriakan segala-galanya mengenai keazaman Colombia untuk pergi lebih jauh dalam kejuaraan ini," katanya.