X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Penalti Cavani julang Uruguay

Cavani tampil lebih menyerlah ketika membantu Uruguay mengatasi Paraguay di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro.
A
A

GOL tunggal jaringan pemain sensasi Manchester United, Edinson Cavani sudah cukup membolehkan gergasi Amerika Selatan, Uruguay mengesahkan status naib juara kumpulan sekaligus mengiringi Argentina selaku juara ke pusingan lapan terbaik Copa America 2021.

Pada aksi di Stadium Nilton Santos Rio de Janeiro, venue serbaguna yang mampu memuatkan 24,741 penonton itu, gol hasil sepakan penalti Cavani berjaya memacu La Celeste kendalian Oscar Tabarez dari kedudukan keempat sebelum ini ke tempat kedua kumpulan.

Status kedua terbaik itu berjaya menghindari anak buah Tabarez berdepan tuan rumah yang juga penyandang juara Brazil kendalian Tite yang tampil lebih menyengat pada kali ini.

Sementara itu, Paraguay yang tampil dengan barisan berkualiti dalam misi melakar kemenangan Copa America pertama ke atas Uruguay sejak 1947 terpaksa akur mengakhiri saingan dalam kedudukan ketiga terbaik.

[COPA AMERICA 2021]

Pusingan Lapan Terbaik

SABTU

Peru lwn Paraguay

(Estadio Olimpico Pedro Ludovico Teixeira, Goiânia, 5 pagi)

Brazil lwn Chile

(Estadio Olimpico Nilton Santos, Rio de Janeiro, 8 pagi)

AHAD

Uruguay lwn Colombia

(Estadio Nacional de Brasília Mané Garrincha, Brasília, 6 pagi)

Argentina lwn Ecuador

(Estadio Olimpico Pedro Ludovico Teixeira, Goiânia, 9 pagi)

* Hari, masa, venue tertakluk pindaan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!