Kerajaan umum pelaksanaan i-Citra

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, ahli KWSP boleh mula memohon kemudahan pengeluaran itu di portal KWSP secara dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai ini.

“Dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos.

"Kerajaan juga sedar perkara terbabit merupakan satu keputusan yang sukar kerana ia merupakan simpanan hari tua rakyat. Bagaimanapun penyelesaian i-Citra dengan mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: