Langgar SOP: Mustapa mohon maaf, serah pada polis

Gambar yang tular di media sosial mengenai kehadiran Mustapa di sebuah cafe pada Sabtu.
Gambar yang tular di media sosial mengenai kehadiran Mustapa di sebuah cafe pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hari ini menyebut berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran Mustapa di Alfath Cafe di Jeli semalam, beliau telah dihubungi Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin tengah hari tadi yang memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka mengenai perkara itu.

"Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Cafe, Kampung Kalai, Jeli pada 5.30 petang Sabtu 26 Jun,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Mustapa singgah di kafe berkenaan untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: