Quartararo juara GP Belanda

Quartararo merekodkan empat kemenangan dalam perlumbaan MotoGP musim ini.
Quartararo merekodkan empat kemenangan dalam perlumbaan MotoGP musim ini.
A
A
A

PELUMBA Yamaha, Fabio Quartararo mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan MotoGP selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda sebentar tadi.

Dua pelumba Sepanyol - Maverick Vinales dan Joan Mir masing-masing melengkapkan podium di tangga kedua dan ketiga pada perlumbaan di Litar TT Assen itu.

Kejayaan mengungguli GP Belanda itu menyaksikan Quartararo berjaya merekodkan empat kemenangan selepas sembilan perlumbaan yang berlangsung musim ini.

Quartararo, 22, kini berjaya melebarkan jurang kepada 34 mata ke atas pesaing terdekatnya, Johann Zarco yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Valentino Rossi gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh ketika saingan berbaki tujuh pusingan.

Juara GP Jerman minggu lalu, Marc Marquez pula terpaksa berpuas hati berada di tangga ketujuh.

Artikel Berkaitan: