Kondominium runtuh di AS: Angka korban meningkat

Seramai 156 orang lagi masih dilaporkan hilang dalam runtuhan kondominium mewah yang terletak di tepi Pantai Miami.
Seramai 156 orang lagi masih dilaporkan hilang dalam runtuhan kondominium mewah yang terletak di tepi Pantai Miami.
A
A
A

WASHINGTON - Angka korban dalam kejadian bangunan kediaman runtuh di Surfside, tenggara Florida, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada lima orang, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

"Hari ini pasukan mencari dan menyelamat menjumpai lagi mayat di bawah runtuhan," kata Datuk Bandar Miami-Dade County, Daniella Levine Cava dalam satu sidang akhbar pada Sabtu petang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Beliau berkata, setakat ini 156 orang lagi masih dilaporkan hilang.

"Misi utama kami ialah mencari dan menyelamatkan nyawa seramai yang mungkin," katanya.

Sebahagian bangunan kondominium Champlain Towers South, yang dibina pada 1981, runtuh kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan (0530 GMT) pada Khamis. Bangunan itu terletak di Surfside, kira-kira 9.6 kilometer di utara Pantai Miami. - Bernama

Artikel Berkaitan: