Pelari Qatar maut kemalangan

IMBAS KEMBALI...Abdalelah Haroun selepas meraih tempat ketiga acara 400m Kejohanan Dunia 2017 di Stadium London, London pada 8 Ogos 2017.
IMBAS KEMBALI...Abdalelah Haroun selepas meraih tempat ketiga acara 400m Kejohanan Dunia 2017 di Stadium London, London pada 8 Ogos 2017.
A
A
A

PELARI Qatar, Abdalelah Haroun berusia 24 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Doha, hari ini.

Pemenang pingat gangsa bagi acara 400 meter di Kejohanan Dunia 2017 di London pada ketika ini dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dia juga merupakan pemenang pingat perak dalam 400m di Kejohanan Dalaman Dunia 2016 dan emas berganda dalam 400m dan 4x400m di Sukan Asia 2018.

"Sukan olahraga Qatar kehilangan pahlawan hebat," kata ketua Persekutuan Olahraga Qatar, Mohammed Issa al-Fadala.

Artikel Berkaitan: