Enam tahi judi diberkas, turut dikompaun langgar SOP

Antara barangan judi yang dirampas dalam serbuan pada Jumaat.
Antara barangan judi yang dirampas dalam serbuan pada Jumaat.
A
A
A

PORT DICKSON - Enam lelaki yang sedang asyik bermain judi ditahan, dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah berdekatan Dataran Segar di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintandan Aidi Sham Mohammed, berkata kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 29 tahun itu, turut dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kesemua mereka ditahan dan dikenakan kompaun masing-masing RM1,500 kerana tiada penjarakkan fizikal.

"Sebaik sampai, pasukan serbuan yang terdiri daripada D7 IPD Port Dickson masuk, dan melihat sekumpulan lelaki sedang duduk, serta berdiri mengelilingi sebuah meja sedang leka bermain judi.

"Hasil pemeriksaan telah berjaya merampas satu kain tertera gambar duit syiling, ayam, ketam, labu, udang dan ikan, piring kecil,mangkuk kecil, dan dua biji buah dadu serta wang tunai sebanyak RM 311,"katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Kesemua mereka kini ditahan di lokap Port Dickson dan direman selama tiba hari sehingga Isnin ini.

Kes disiasat dibawah Sek 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjalankan aktiviti perjudian di dalam bangunan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: