Warga emas hilang ditemui mati dalam kereta

Anggota bomba mengeluarkan mayat wanita yang ditemui dalam kereta di Bayan Baru pada Sabtu.
Anggota bomba mengeluarkan mayat wanita yang ditemui dalam kereta di Bayan Baru pada Sabtu.
A
A
A

BAYAN BARU - Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keretanya di Solok Kampung Jawa di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 11.25 pagi itu, mayat wanita berusia 76 tahun itu ditemui dalam kereta jenis Perodua Axia yang diletakkan di halaman rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kehilangan wanita itu disedari oleh adik mangsa apabila tidak dapat dihubungi sejak tiga hari lalu.

Beliau berkata, selepas menerima laporan kehilangan warga emas itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan menemui wanita itu dalam kereta yang berkunci.

"Polis mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian wanita itu dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Kamarul Rizal berkata, pemeriksaan polis bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: