Kereta terbabas, remaja maut tercampak

Kenderaan yang terbabas dan terbalik dalam kejadian di Jalan Sungai Besi awal pagi tadi
Kenderaan yang terbabas dan terbalik dalam kejadian di Jalan Sungai Besi awal pagi tadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang remaja 16 tahun meninggal dunia manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan berlaku di Jalan Sungai besi awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur, berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.22 pagi dan 15 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Innova yang terbabas dan terbalik.

“Terdapat 6 orang mangsa terdiri 3 lelaki dan 3 perempuan. 5 mangsa tercampak keluar dan seorang wanita tersepit di tempat duduk penumpang belakang.

“Mangsa yang tersepit berjaya di keluarkan oleh anggota bomba pada jam 6.13 pagi,” katanya.

Tambahnya, seorang mangsa perempuan yang tercampak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulan dan diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: