Maritim tahan bot gajikan pekerja warga asing

Kru warga asing yang ditahan.
Kru warga asing yang ditahan.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan disyaki menggaji kru warga asing tanpa kebenaran di kedudukan 4.0 batu nautika barat Kuala Muda, pagi Jumaat.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan dikesan oleh pasukan Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan rutin Op Benteng /Op Pertiwa selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati ia dikendalikan oleh tekong bersama tiga kru warga tempatan sementara dua lagi kru merupakan warga Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Bot yang ditahan Maritim Malaysia semalam.
Bot yang ditahan Maritim Malaysia semalam.

"Kesemua tekong dan kru yang berusia antara 21 hingga 32 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggajikan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

"Bot dan kesemua kru termasuk tekong ditahan dan dibawa masuk ke Jeti PPM Batu Uban bagi diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Abdul Razak berkata, orang ramai diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut. Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146.

Artikel Berkaitan: