2018 tahun keempat terpanas

Cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini termasuk kemarau dipercayai berpunca daripada pemanasan global.
Cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini termasuk kemarau dipercayai berpunca daripada pemanasan global.
A
A
A
GENEVA - SWITZERLAND. Suhu global pada 2018 adalah keempat tertinggi dalam rekod, menurut PBB, semalam.

Agensi antarabangsa itu turut menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan kegiatan pemanasan bumi.

Menerusi laporan yang dikeluarkan menjelang Sidang Kemuncak Iklim COP 24 di Poland, data Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan 20 tahun paling panas sejak 22 tahun lalu dan mendapati 2018 menjadi tahun keempat paling panas dalam rekod.

"Ini bermakna empat tahun lalu, 2015, 2016, 2017 dan 2018 adalah tahun paling panas secara berturut-turut," menurut laporan sementara tentang iklim pada tahun ini.

Laporan itu juga menunjukkan purata suhu global untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini adalah hampir 1.0 darjah Celsius di atas era praindustri (1850-1900).
Artikel Berkaitan:


Delegasi dari hampir 200 negara dijangka bertemu di Poland pada minggu depan untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut yang bertujuan untuk memperbaharui dan mengukuhkan perjanjian Paris serta mengehadkan pemanasan global.

Pemimpin dunia cuba menghidupkan semula perjanjian dimeterai 195 negara itu walaupun berdepan penolakan beberapa negara terutamanya Amerika Syarikat berhubung komitmen yang ditandatangani pada Disember 2015.

Difahamkan, ia akan berkuatkuasa pada 2020 dan menggesa semua pihak mengehadkan pemanasan global kepada kurang daripada 1.5 darjah Celsius di atas paras praindustri. - AFP