Kondominium runtuh di AS, 99 orang dikhuatiri tertimbus

Sebahagian bangunan kondominium yang runtuh sehingga menyebabkan 99 orang hilang berhampiran pantai Miami, Florida pada Khamis. - Foto Getty Images
Sebahagian bangunan kondominium yang runtuh sehingga menyebabkan 99 orang hilang berhampiran pantai Miami, Florida pada Khamis. - Foto Getty Images
A
A
A

MIAMI - Hampir 100 orang dikhuatiri mati akibat tertimbus selepas sebuah kondominium 12 tingkat runtuh sebahagian dekat pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Setakat ini tiga orang dilaporkan meninggal dunia dan 10 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Bangunan kondominium berkenaan yang runtuh sebahagian. - Foto Reuters
Bangunan kondominium berkenaan yang runtuh sebahagian. - Foto Reuters

Pihak berkuasa menerima satu panggilan bahawa sebuah bangunan setinggi 12 tingkat di bandar Surfside yang terletak dalam mukim Miami-Dade sekitar pukul 1.30 pagi waktu tempatan.

Menurut portal berita NBC News, Penolong Ketua Operasi Pasukan Penyelamat Bomba Miami-Dade, Raide Jadallah, bangunan tersebut pada asalnya mempunyai 136 unit kediaman.

Namun, katanya, sebanyak 55 unit kediaman di bahagian timur laut bangunan tersebut runtuh.

 55 unit kediaman di bahagian timur laut bangunan tersebut runtuh. - Foto Getty Images
55 unit kediaman di bahagian timur laut bangunan tersebut runtuh. - Foto Getty Images

Ketua Polis Miami-Dade, Alfrendo Ramirez berkata, seramai 99 orang masih hilang dan 53 penduduk kondominium itu berjaya diselamatkan daripada runtuhan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, punca kejadian masih belum diketahui.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava berkata, satu siri menyelamat sedang dilakukan bagi mengeluarkan mangsa-mangsa yang tertimbus di celah-celah runtuhan.

Dalam kejadian itu, dua orang berjaya dikeluarkan hidup-hidup dari celah runtuhan bangunan kondominium yang dibina pada tahun 1981 itu. - Agensi