Ronaldo bikin sejarah lagi

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo mencipta sejarah lagi semasa menyarung jersi untuk penampilan ke-178 bersama Portugal ketika membantu penyandang juara tersebut mengikat juara dunia Perancis dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Euro 2020 pagi tadi.

Dua gol pada aksi kumpulan F di Puskas Arena membolehkan pemain yang meledak jaringan senior antarabangsa pertamanya ketika Portugal tewas 1-2 kepada Greece pada aksi pertama Euro 2004 menyamai pencapaian 109 gol bekas penyerang Iran, Ali Daei bagi rekod penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman.

Ronaldo menjadi pemain pertama melakukan penampilan dalam lima edisi Euro telah meledak lima gol dalam aksi kumpulan.

Pemain itu kini telah menjaringkan 14 gol dalam pentas Euro, lima gol mengatasi penyerang sensasi Perancis, Michel Platini, ketika legenda Les Bleus tersebut memacu pasukannya menjulang kejuaraan edisi 1984.

Daei sebelum ini menjaringkan 109 gol dalam 149 penampilan bersama gergasi Asia tersebut ntara 1993 dan 2006.

Penyerang kelab liga Itali, Juventus berusia 36 tahun tersebut yang juga berstatus penjaring terbanyak kejuaraan Eropah lain dengan kelebihan 14 gol - Liga Juara-Juara dengan 134 dan Real Madrid (451).

Sweden dan Lithuania antara lawan kegemaran bekas pemain Manchester United dan Sporting Lisbon tersebut apabila meledak tujuh gol terhadap lawan berkenaan semasa menyarung jersi skuad Portugal.

Sekiranya digabungkan gol kejuaraan Eropah dengan Piala Dunia, Ronaldo terus melebarkan jurang gol mengatasi bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi yang ketinggalan 73 gol.

Artikel Berkaitan:

Daei sebelum ini dalam beberapa acara menyatakan dia gembira sekiranya Ronaldo berjaya memecahkan rekodnya, malah percaya pemain itu merupakan tiga bintang bola sepak tersohor selain Lionel Messi dan Diego Maradona.

"Tahniah Cristiano, satu gol untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman.

"Saya bangga penghormatan ini akan menjadi milik Ronaldo - juara dalam arena bola sepak dan tokoh kemanusiaan yang menjadi inspirasi dan memberi impak kepada kehidupan manusia," kata Daei.