X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan lelaki beri anak minum arak

Tular video berdurasi 30 saat yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang menyuap arak kepada bayi.
A
A

BALIK PULAU - Polis menahan lelaki yang didakwa memberi arak kepada seorang bayi seperti dalam video tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditangkap di kawasan Teluk Bahang kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa.

Menurutnya, hasil semakan mendapati lelaki yang sedang dalam tempoh pengawasan itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

"Sejurus menerima laporan kejadian berkenaan pada Selasa, kami terus menggerakkan operasi bagi mencari lelaki di dalam video berkenaan.

"Suspek merupakan bapa kepada bayi terbabit dan polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Balik Pulau pada Rabu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, bayi berkenaan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut walaupun dia kelihatan sihat.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis digesa menyiasat individu yang menyuap arak kepada seorang bayi seperti yang tular di laman sosial.

Ketua Pergerakan Anti Arak Murah, David Marshel berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang.

ARTIKEL BERKAITAN Tular video bayi disuap minum arak


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!