Jawatankuasa bebas siasat pemeriksaan fizikal pelajar datang haid

KPM di peringkat akhir menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menangani kes amalan pemeriksaan fizikal terhadap pelajar perempuan yang datang haid. - Foto Bernama
KPM di peringkat akhir menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menangani kes amalan pemeriksaan fizikal terhadap pelajar perempuan yang datang haid. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini di peringkat akhir menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menangani kes amalan pemeriksaan datang haid terhadap pelajar perempuan secara fizikal.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, jawatankuasa tersebut bagi meneliti tatacara menangani aduan berkaitan yang diterima oleh pihaknya.

Menurutnya, jawatankuasa itu juga akan mengesyorkan aspek yang perlu dilakukan bagi penambahbaikan terhadap mekanisme sedia ada.

"Sebarang aduan yang diterima disiasat berdasarkan mekanisme itu.

"Akan ada satu tatacara proses yang lebih menyeluruh dalam konteks ini bagi membolehkan jika timbul isu berkaitan pada masa akan datang akan dilaksanakan dengan lebih teratur," katanya pada sidang akhbar secara maya pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung isu amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid.

Baru-baru ini media melaporkan pelajar di beberapa sekolah yang tidak dinamakan mendakwa amalan itu dikatakan berlaku sejak lebih 20 tahun lalu.

Susulan itu, Radzi dilaporkan meminta nama sekolah yang terbabit dengan amalan itu bagi mengambil tindakan sewajarnya.

Artikel Berkaitan: