41 maut minum arak tiruan

Gambar hiasan
A
A

DISPUR - INDIA. Sekurang-kurangnya, 41 orang mati selepas minum arak tiruan di negeri Assam, India.

Polis berkata, lebih 60 orang lagi dirawat di dua buah hospital berasingan.

Kejadian berlaku pada petang Khamis di sebuah rumah di ladang teh Halmira di daerah Golaghat, kira-kira 275 kilometer timur Dispur.

“Angka kematian mungin meningkat kerana ada mangsa dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai kanan polis, Partha Pratim Saikia.

Menurut Saikia, pihak polis telah mengumpul sampel minuman itu dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Awal bulan ini, kejadian sama menyaksikan kira-kira 100 orang terbunuh, di Uttarakhand dan Uttar Pradesh.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan menggantung tugas beberapa pegawai dan menjalankan pemeriksaan terhadap pengeluar dan kedai yang menjual minuman terbabit. – Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia