Lelaki cuba pecah rumah diberkas

Abd Khalid
Abd Khalid
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki ditahan polis ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Jalan SS19/2 Subang Jaya di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima arahan dari bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada jam 12.40 tengah malam.

"Setibanya dilokasi, kita telah ternampak suspek keluar dari sebuah rumah dan melarikan diri.

"Kita bertindak mengejar dan berjaya menangkap suspek di belakang rumah terbabit," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Abd Khalid berkata, pemeriksaan lanjut terhadap suspek berusia 44 tahun itu, pihaknya merampas satu pemutar skru dan sebatang besi kuku kambing yang disyaki digunakan untuk aktiviti jenayah.

"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis warna kelabu yang digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

"Semakan turut mendapati kereta tersebut masih dilaporkan hilang di Klang," katanya.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Sekyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin sebelum tempoh reman ke atas suspek tamat," katanya.