Raja Dihilir Perak sumbang 400 set makanan kepada pesakit, 'frontliners'

Raja Iskandar Dzulkarnain dan Tunku Soraya berkenan menyampaikan 400 set makanan A&W kepada pesakit dan petugas di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Stadium Badminton Ipoh. - Foto Ihsan MBI
Raja Iskandar Dzulkarnain dan Tunku Soraya berkenan menyampaikan 400 set makanan A&W kepada pesakit dan petugas di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Stadium Badminton Ipoh. - Foto Ihsan MBI
A
A
A

IPOH - Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan makanan segera, A&W kepada pesakit dan petugas di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Stadium Badminton Ipoh, di sini pada Khamis.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam kenyataannya berkata, sebanyak 400 set makanan sumbangan daripada baginda dan Bond Holding Sdn Bhd disediakan untuk pesakit yang menjalani rawatan dan petugas barisan hadapan.

"Kami mengharapkan semoga sumbangan kecil ini dapat mendatangkan keceriaan kepada para pesakit.

"Ia juga sebagai tanda sokongan kepada usaha petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus demi memastikan wabak ini dapat dikawal dengan sebaiknya," katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn Bhd, Ong Teng Boon.

Artikel Berkaitan: