X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki hilang ditemui lemas di tasik

Anggota bomba menaikkan mayat lelaki berkenaan yang ditemui di dalam tasik berhampiran taman perumahan mangsa.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Selasa ditemui lemas di sebuah tasik berhampiran taman perumahan di Taman Nusa Indah dekat Gelang Patah pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari, sebelum tujuh anggota bomba dan enam anggota polis ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa memaklumkan lelaki itu tidak pulang ke rumah dan dipercayai hilang pada Selasa, kira-kira jam 8 malam.

“Pihak berkuasa dimaklumkan, mangsa kebiasaannya berada di tasik berhampiran taman perumahan mereka.

“Susulan itu, operasi pencarian dilakukan di sekitar kawasan tersebut, sebelum mangsa dijumpai di dalam tasik. Kita menggunakan ‘bodybag’ dan ‘junkin stretcher’ bagi kerja-kerja mengeluarkan mangsa,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!