Pemuda didenda RM1,200 miliki lebih 300 kotak mercun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pemuda didenda RM1,200 di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan memiliki lebih 300 kotak mercun pelbagai jenis dan lapan bungkus mercun bola, dua bulan lalu.

Muhammad Shahrul Fitri Hairul Azman, 23, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret M Barath.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki lapan bungkus mercun bola dan lebih 300 kotak mercun pelbagai jenis antaranya Whistling Moon Travellers dan 168 Shot Assorted Celebrations tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang.

Kesalahan dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Damansara Damai, di sini pada jam 5.30 petang, 27 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat mencadangkan tertuduh diberi hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman denda yang ringan.

Artikel Berkaitan: