X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO nafi pecat Hishammuddin

Surat pemecatan Hishammuddin yang tular di media sosial pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan menafikan UMNO telah melucutkan keahlian Ahli Parlimen Sembrong yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menerusi laporan UMNO Online, beliau mengesahkan surat pelucutan tersebut yang tular di media sosial itu sebagai palsu.

“Saya sahkan tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat,” katanya.

Pada petang Jumaat, sepucuk surat tular yang mendakwa Hishammuddin dilucutkan keahlian UMNO serta-merta.

Sebelum ini, turut tular dakwaan yang mengatakan Hishammuddin sedang melakukan penjajaran politik baharu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!