Slip keputusan SPM 2020 boleh dimuat turun mulai 14 Jun

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Md Radzi Jidin.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Md Radzi Jidin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Slip keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh dimuat turun mulai 14 Jun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, slip itu juga sama seperti slip rasmi dikeluarkan sebelum ini.

Katanya, calon juga boleh menyemak slip keputusan SPM 2020 masing-masing di laman sesawang myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my mulai jam 10 pagi pada Khamis.

"Buat pertama kali dalam sejarah, keputusan SPM boleh disemak secara dalam talian. Ini merupakan satu digitalisasi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya pada Sidang Media Khas SPM 2020 secara maya pada Khamis.

Menurutnya, sijil SPM pula mula diedar secara berperingkat pada 10 Julai mengikut kaedah yang akan ditentukan mengikut kesesuaian.

Dalam perkembangan sama, Radzi turut memberitahu, seramai 9,411 calon SPM 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Selain itu, seramai 338,659 calon layak menerima sijil SPM 2020.

ARTIKEL BERKAITAN Keputusan SPM 2020 rekod GPN terbaik dalam tempoh 5 tahun

Artikel Berkaitan: