Neymar bantu Brazil kekal di puncak

Neymar
Neymar
A
A
A

NEYMAR kembali mempamerkan prestasi terbaiknya ketika membantu Brazil menjinakkan Paraguay 2-0 sekali gus mengekalkan rentak sempurna kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Zon Amerika Selatan.

Pada aksi di Stadium Defensores del Chaco, Asuncion, bintang Paris Saint-Germain berusia 29 tahun itu tampil cemerlang apabila meledak satu gol dan satu bantuan untuk pasukan pelawat.

Neymar meletakkan jagoan dunia itu di depan pada minit keempat sebelum memberikan bantuan gol kepada pemain gantian Lucas Paqueta dalam masa kecederaan untuk kemenangan keenam skuad Samba tersebut.

Skuad kendalian Tite itu kini memimpin kumpulan dengan dengan 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan sambil diekori rapat Argentina kedua dengan 12 mata.

Artikel Berkaitan: