UMNO tidak terlibat dalam gerakan jatuhkan MB Terengganu

Nik Dir
Nik Dir
A
A
A

KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagaimana tular di media sosial.

Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Wan Ku berkata, sekiranya gerakan itu benar-benar sedang berlaku, ia tiada kaitan dengan UMNO.

"Jika isu ini adalah benar, ia adalah semata-mata perkara dalam rumah tangga Pas Terengganu sendiri yang tiada kaitan dengan UMNO sama sekali.

"Kita harap dengan kenyatan ini dapat menjelaskan khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Terengganu sama sekali tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan Ahmad Samsuri daripada kerusi Menteri Besar Terengganu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Pada Selasa, sebuah portal melaporkan kedudukan Ahmad Samsuri kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.

Satu borang 'surat akuan berkanun' sudah disediakan untuk membolehkan ADUN Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Ahmad Samsuri sebagai menteri besar.

Ia didakwa disediakan untuk ADUN kedua-dua parti sama ada daripada Pas yang mempunyai 22 ADUN mahupun UMNO yang mempunyai 10 ADUN.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Politik MB Terengganu buat laporan polis terhadap portal

Artikel Berkaitan: