Pilihan raya DUN Sarawak ditangguhkan

 SPR memutuskan Pilihan Raya DUN Sarawak ditangguhkan pada tarikh yang difikirkan sesuai.
SPR memutuskan Pilihan Raya DUN Sarawak ditangguhkan pada tarikh yang difikirkan sesuai.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ditangguhkan pada tarikh yang difikirkan sesuai.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

"SPR juga telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung dengan tamat tempoh DUN yang ke-18 itu.

“Namun begitu, di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, bagi tempoh darurat berkuat kuasa peruntukan untuk memanggil, memprorog dan membubarkan DUN Sarawak tidak mempunyai kesan dan ia akan ditetapkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Manakala Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 juga memperuntukkan pilihan raya DUN bagi tempoh darurat berkuat kuasa tidak mempunyai kesan dan tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada 25 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati kerajaan Sarawak agar meneruskan fungsinya seperti biasa sekalipun penggal DUN tamat selepas 6 Jun.

Titah baginda kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk terus berfungsi semasa tempoh darurat seperti yang diperkenankan oleh Seri Paduka menerusi Pengisytiharan Darurat, berkuat kuasa sejak 11 Jan lepas hingga 1 Ogos ini.

Artikel Berkaitan: