30 pelajar Palestin cedera terhidu gas Zionis

Dua pelajar Palestin menanggung kesakitan selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Zionis
Dua pelajar Palestin menanggung kesakitan selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Zionis
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekurang-kurangnya 30 pelajar Palestin cedera terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel di sebuah sekolah rendah berhampiran pos pemeriksaan di bandar Al-Khalil, hari ini.

Anggota paramedik tempatan berkata, seorang pelajar dalam keadaan kritikal dan telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Menurut saksi, tentera Zionis menyerbu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan Sekolah Rendah Hebron tanpa sebarang alasan.

Sekelompok besar peneroka haram Yahudi turut mengiringi kehadiran tentera ke kawasan terbabit.

Zionis kerap menjadikan penduduk Palestin di wilayah diduduki sebagai mangsa serangan.

Serangan meningkat sejak Israel mengusir kumpulan pemerhati awam antarabangsa sementara Hebron (TIPH) di Tebing Barat pada akhir bulan lalu.

TIPH ditubuhkan selepas penduduk Yahudi di penempatan haram didakwa membunuh 29 penduduk Palestin di Hebron pada 1994. - Agensi

Artikel Berkaitan: