X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki nafi sengaja seret 'oyen'

Tangkap layar lelaki disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menyeret ketika menaiki motosikal di Langkap. Foto: ihsan pembaca
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan polis disyaki melakukan penganiayaan dengan menyeret seekor kucing berwarna oren (oyen) ketika menunggang motosikal di Langkap di sini pada Jumaat.

Perbuatan lelaki itu dirakam pengguna jalan raya sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan lelaki itu dibuat selepas suspek menyerah diri ke Balai Polis Langkap kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya, suspek terbabit turut membuat laporan polis bagi menafikan berita tular itu.

"Berdasarkan keterangan, suspek menangkap kucing berkenaan untuk dibuang di kawasan kedai berhampiran rumahnya.

"Dia menggunakan sauk untuk tangkap haiwan berkenaan dan semasa dalam perjalanan tiba-tiba kaki depan kucing terkeluar menyebabkan ia terseret di atas jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Bagaimanapun, suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis.

"Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya selepas siasatan selesai," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!