Keputusan SPM 2020 diumum Khamis depan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis depan mulai jam 10.00 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan melalui dua kaedah termasuk menerusi pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my

"Calon juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886," menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Menurut kementerian berkenaan, perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai jam 10.00 pagi pada 10 Jun sehingga 6.00 petang pada hari sama.

"Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet untuk memaklumkan kaedah bersesuaian.

Seramai 401,105 calon SPM 2020 menduduki peperiksaan itu selepas ia tertangguh beberapa kali akibat penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: