Pemuda diberkas susulan penemuan remaja hilang

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda diberkas polis susulan penemuan seorang remaja perempuan yang dipercayai hilang pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek diberkas di rumahnya di Padang Jawa, di sini pada pagi Jumaat.

"Polis menjalankan Ops Jejak (bagi mengesan remaja terbabit), kira-kira jam 4 pagi dan kita berjaya menemukan remaja yang berumur 15 tahun itu di sekitar sebuah kondominium di Padang Jawa.

"Remaja berkenaan ditemukan bersama suspek, dan suspek berumur 19 tahun itu diberkas untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Khas Pemantauan SOP PKP di beberapa tapak pembinaan di Setia Alam pada Jumaat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang di Shah Alam

Pada Khamis, polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7, di sini yang ditularkan menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan kehilangan remaja, dibuat oleh bapanya, sehari selepas kejadian pada Isnin lepas.