PPV IDCC seperti berada di lapangan terbang

Twitter Muhamad Syafiq tular di laman sosial.
Twitter Muhamad Syafiq tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pastinya merasai pengalaman seakan-akan berada di lapangan terbang sebaik mendengar pengumuman suara bekas kru penerbangan Malaysia.

Perkara itu dikongsi oleh Penolong Pegawai Perubatan, Muhamad Syafiq Mohd Rashid, 27, yang memuat naik video berdurasi 15 saat di Twitter pada Rabu.

Rakaman video itu memaparkan seorang wanita dipercayai bekas kru penerbangan Malaysia sedang membuat pengumuman berkaitan borang persetujuan vaksinasi Covid-19.

Nada suaranya memberi pengumuman taklimat dan panduan seakan-akan pramugari memberikan demonstrasi keselamatan ketika berada di pesawat.

Video ditonton lebih 109,500 tontonan itu mendapat reaksi positif dan pastinya mengubat kerinduan warganet yang tidak berpeluang ke lapangan terbang dan melancong selepas kerajaan mengambil langkah menyekat penerbangan keluar masuk akibat pandemik Covid-19.

Kata @nenaslychee, "Hebat! anda memang terbaik. Rindu nak 'fly', rindu nak dengar 'announcement', rindu semua la".

"Tolong rekod lagi, tapi lama sikit videonya!!! rindu nak naik 'flight'," ciap @iamme.

Seloroh @Mudopachik pula, "Sedapnya suara... nak cucuk vaksin hari-hari pun sanggup".

Artikel Berkaitan:

Tambah @BajuriLily, walaupun ketika ini tidak dibenarkan untuk melancong ke luar negara namun mendengar suara kru penerbangan itu sudah cukup bahagia buat kaki melancong.

Sementara itu, rata-rata penerima vaksin turut meluahkan rasa penghargaan dan memuji petugas di IDCC kerana telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan proses berjalan lancar.

Komen warganet yang teruja mendengar suara bekas pramugari penerbangan Malaysia.
Komen warganet yang teruja mendengar suara bekas pramugari penerbangan Malaysia.

@_missfiza_ turut berkongsi pengalamannya setelah selesai mengambil suntikan vaksin AstraZeneca di IDCC baru-baru ini.

"IDCC best... parkir senang, 'announcer' macam di lapangan terbang atau dalam pesawat, dapat sekotak produk Nestle... 'smooth' je proses dia dari awal sampai habis... balik cucuk rasa 'happy'...," ciapnya.

Ujar @khrl_____, "Memang 'smooth' je vaksinasi pun tak sampai satu jam, tak perlu beratur panjang-panjang. Terbaik!"

"Tak sabar nak ambil vaksin Jumaat ini!," ciap @_eijaaa.