Dua kadet Malaysia terpilih ke Akademi Tentera AS

Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.
Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kadet dari Malaysia berjaya dipilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, umum Kedutaan AS pada Rabu.

Dua kadet terbabit, Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.

"Tahniah kepada kadet #Malaysia, Mohamad Khairel Adha yang akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Nicholas yang akan mendaftar di Akademi Tentera Laut AS.

“Sertai Kedutaan AS dan Duta Brian McFeeters pada majlis keberangkatan pemuda #Malaysia! Semoga maju jaya apabila mereka memulakan satu lagi pengalaman seumur hidup!" menurut Facebook rasmi kedutaan pada Rabu.

Majlis berkenaan akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook kedutaan (https://www.facebook.com/usembassykl/) pada 9 Jun bermula pukul 9 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: