X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri, timbalan tidak ambil tiga bulan gaji

Muhyiddin menyampaikan Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang disiarkan secara langsung malam Isnin.
A
A

SHAH ALAM- Menteri dan timbalan menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini sebagai tanda sokongan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gaji tersebut tidak akan diambil dan akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021,” katanya ketika berucap pada Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!