Mufti Perak meninggal dunia
IPOH - [DIKEMAS KINI] Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.
Menurutnya, seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Harussani.
Allahyarham yang disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
Harussani dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.
Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.
[VIDEO] Tun M berjaya batal saman Halim Saad isu saham Renong
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Sarjan, koperal direman kes terima rasuah
Keldai akaun 'ancaman' siasatan jenayah wang haram
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
'Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala...'
Lata Iskandar, Lata Kinjang dilanda kepala air
Polis kesan tiga beranak dilaporkan hilang