X

Kindly register in order to view this article
!

Video didakwa hina Agong: Iswardy Morni ditahan polis

Tangkap layar video Iswardy Morni yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis menahan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi video secara langsung di laman YouTube.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Iswardy diberkas di rumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam Sabtu.

"Dia ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iswardy sebelum ini memuat naik video secara langsung bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun' di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video tersebut, Iswardy mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Al-Sultan Abdullah dan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Saiful cabar PKR pecat Iswardy


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!