Ibu kandung, teman lelaki ditahan disyaki dera anak

Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai telah mendera anak kandungnya berusia empat tahun di sebuah kondominium di Hulu Kelang, pada Selasa.
Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai telah mendera anak kandungnya berusia empat tahun di sebuah kondominium di Hulu Kelang, pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai telah mendera anak kandungnya berusia empat tahun di sebuah kondominium di Hulu Kelang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari oleh ibu saudara tiri kepada kanak-kanak perempuan itu pada Mac lalu.

Menurut beliau, wanita berusia 20 tahun itu mendakwa mangsa didera pertama kali pada awal Mac lalu ketika dia datang melawat, namun tiada kesan atau kecederaan nyata pada kanak-kanak berkenaan.

"Wanita itu melawat sekali lagi baru-baru ini dan mendapati ada kesan lebam serta bengkak pada mata kanan mangsa," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Farouk berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Hulu Kelang yang diketuai oleh Inspektor Yew Chee Teong telah menahan pasangan berusia 27 dan 39 tahun itu.

"Kita juga telah menjumpai seorang kanak-kanak yang dipercayai mangsa dera di rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, punca kejadian adalah kerana mangsa kencing dan berak merata hingga membuat kotor di dalam rumah dan kereta.

"Mangsa juga dikatakan hyper aktif dan dikatakan tidak dengar kata (sukar dikawal)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Farouk berkata, hasil semakan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod berkaitan kes jenayah tipu, manakala teman wanitanya mempunyai satu rekod berkaitan kes dadah.

"Pasangan tersebut telah direman tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

"Kertas siasatan dalam tindakan akhir dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini untuk tindakan lanjut," katanya.