Masjid, surau di Melaka perdengarkan bacaan Yasin

CHE SUKRI
CHE SUKRI
A
A
A

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengarahkan masjid dan surau di negeri ini memperdengarkan bacaan Yasin bagi memohon perlindungan ALLAH SWT dijauhi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis bermula Jumaat.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bacaan yang akan diperdengarkan menerusi alat siaraya itu berkuatkuasa Jumaat (semalam) dan akan diteruskan setiap hari selepas solat Maghrib dengan kekuatan bunyi yang cukup untuk diaminkan oleh kariah kawasan terbabit.

“Bagi bacaan ayat suci al-Quran dan doa akan diperdengarkan selepas waktu azan atau solat Subuh, Zuhur, Asar dan Isyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya JAIM turut menyediakan fail audio rakaman doa keselamatan dan bacaan Yasin yang boleh dimuat turun menerusi laman web www.jaim.gov.my atau menerusi laman Facebook JAIM.

"Alunan bacaan ayat suci al-Quran perlu diuruskan oleh jawatankuasa masjid dan surau," katanya.

Artikel Berkaitan: