9 dikompaun sambut hari lahir di pejabat

 Sembilan individu dikompaun kerana mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pejabat urusan di kawasan Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam. Foto: Bernama
Sembilan individu dikompaun kerana mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pejabat urusan di kawasan Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam. Foto: Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Seramai sembilan individu dikompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pejabat urusan di Ara Damansara di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, seorang penganjur majlis dikompaun sebanyak RM25,000 dalam pemeriksaan mengejut pada jam 2.50 petang.

"Kita mendapati majlis sambutan hari lahir itu diadakan di dalam sebuah bilik, seramai sembilan individu termasuk lima wanita berusia 23 tahun hingga 45 tahun berada di dalam bilik itu," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Fakhruddin berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati majlis sambutan hari lahir tersebut merupakan aktiviti yang dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

"Kesemua individu yang diperiksa dikenakan kompaun di bawah Peraturan 9," katanya.

Mohamad Fakhruddin menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan supaya dapat memutuskan rantaian Covid 19 bagi kesejahteraan bersama.

Artikel Berkaitan: