15 laluan tikus mukim Sitiawan dipasang kawat berduri

(Gambar hiasan) Polis mengenal pasti 15 laluan tikus yang akan dipasang penghadang dan kawat berduri di mukim Sitiawan dalam tempoh PKPD bermula Sabtu.
Gambar kecil:
(Gambar hiasan) Polis mengenal pasti 15 laluan tikus yang akan dipasang penghadang dan kawat berduri di mukim Sitiawan dalam tempoh PKPD bermula Sabtu. Gambar kecil:
A
A
A

MANJUNG - Polis telah mengenal pasti 15 laluan tikus yang akan dipasang penghadang dan kawat berduri di mukim Sitiawan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, penutupan laluan tikus itu bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk orang ramai di dalam kawasan PKPD berkenaan.

Menurutnya, susulan itu juga, sebanyak enam sekatan jalan raya (SJR) tambahan akan dilaksanakan sepanjang tempoh penguatkuasaan tersebut.

"Laluan tikus setakat ini yang utama ada 15 yang akan ditutup menggunakan penghadang konkrit dan kawat berduri dan kita percaya ada lebih lagi yang mana dari masa ke masa kita akan tutup laluan ini.

"Tindakan ini dibuat kerana kita tidak mahu orang di luar mukim Sitiawan seperti dari Beruas, Lekir dan sebagainya masuk dan orang di dalam mukim ini keluar sepanjang tempoh PKPD ini," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Nor Omar berkata, sebanyak 120 anggota polis tambahan akan ditempatkan di kawasan SJR yang ditetapkan bagi PKPD mukim Sitiawan yang mempunyai keluasan 138 kilometer persegi.

Jelasnya, pelaksanaan PKPD itu juga membabitkan 149,000 penduduk di mukim Sitiawan.

"Dengan adanya tambahan SJR yang akan beroperasi selama 24 jam, kita yakin mampu mengawal aktiviti keluar masuk ke dalam mukim berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh PKPD, saya nasihatkan supaya penduduk mukim Sitiawan berada di dalam rumah kecuali melibatkan kecemasan dan mendapatkan keperluan," katanya.

Pada Khamis, kerajaan mengumumkan sebanyak sembilan lokaliti di seluruh negara dikenakan PKPD bermula Sabtu ini hingga 11 Jun bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga daripada lokaliti terlibat adalah dalam mukim Sitiawan di daerah Manjung melibatkan kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Ayer Tawar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan lokaliti seluruh negara dikenakan PKPD bermula Sabtu