Acara sambutan hari keputeraan rasmi Agong ditangguhkan

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
A
A
A
KUALA LUMPUR - Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan berkenaan, walau bagaimanapun tarikh 7 Jun depan tetap diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan: