Wanita maut SUV jatuh jambatan

Kenderaan yang dinaiki tiga sekeluarga terbabas lalu jatuh jambatan menyebabkan seorang wanita maut di Tapah. - Foto ihsan PDRM
Kenderaan yang dinaiki tiga sekeluarga terbabas lalu jatuh jambatan menyebabkan seorang wanita maut di Tapah. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Seorang wanita maut manakala ibu bapanya cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu jatuh jambatan di KM 313.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, K Yuvabarathi, 24, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pasangan suami isteri berusia 59 dan 56 tahun bersama anak mereka menaiki Kenderaan Uliti Sukan (SUV) jenis Proton X70.

Menurutnya, siasatan awal mendapati keluarga itu dalam perjalanan dari Johor Bharu, Johor menuju ke Kedah.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan terbabit dipercayai telah hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sebelum terjatuh ke bawah jambatan.

Kenderaan dinaiki tiga sekeluarga 'total lost' selepas terbabit dalam kemalangan maut di Tapah. - Foto ihsan PDRM
Kenderaan dinaiki tiga sekeluarga 'total lost' selepas terbabit dalam kemalangan maut di Tapah. - Foto ihsan PDRM

"Dalam kemalangan ini, pemandu cedera ringan pada dada manakala isterinya, cedera parah di kepala. Mereka dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa yang merupakan penumpang belakang dikejarkan ke HRPB namun, disahkan meninggal dunia pada jam 3.35 petang.

Artikel Berkaitan:

"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Tiada tangkapan dilakukan dan kenderaan terbabit yang rosak keseluruhan ditahan untuk pemeriksaan Puspakom," katanya.

Wan Azharuddin berkata, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.