Padah swafoto atas jeti kayu

Lima sekeluarga mati lemas apabila jeti runtuh di Sumatera Barat Indonesia. - Foto: Agensi
Lima sekeluarga mati lemas apabila jeti runtuh di Sumatera Barat Indonesia. - Foto: Agensi
A
A
A

PADANG - Lima sekeluarga mati lemas apabila sebuah jeti digunakan untuk mereka berswafoto dilaporkan runtuh di Tasik Kandi, Sumatera Barat, Indonesia.

Ketua Polis Daerah, Junaidi Nur berkata, ketika kejadian seramai 14 orang sedang berkumpul di atas jeti kayu di tasik terbabit untuk swafoto sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Katanya, seorang lelaki berusia 17 tahun antara lima yang maut sementara sebahagian anggota keluarga dilaporkan selamat dalam insiden pada Rabu itu.

"Ketika kejadian tempat itu sudah ditutup dan tiada pengawal keselamatan di situ," katanya

Junaidi menambah, usaha menyelamat kemudian berjaya menjumpai semua mayat terbabit dan pihaknya akan menyiasat insiden terbabit

Bulan ini, seramai sembilan orang mati lemas apabila sebuah bot terbalik ketika mereka sedang berswafoto di empangan di pulau Jawa, Indonesia - AFP

Artikel Berkaitan: